03 February 2011

Selepas 13 Tahun...






Alkisahnya...selepas 13 tahun meninggalkan SMTKK (Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar)..

Nak dijadikan cerita, konon2 bekas pelajar nk menubuhkan alumni...aku sbg bekas pelajar teringin jgk la nak menjoin alumni ini..maka dengan perancangan yg sangat rapi+teliti bersama geng2 aku yg masih berada di Kuala kangsar & Taiping aku pun bgerak la seorang diri naik bas ke kuale kangsar. 13 thn dulu tmbang bas (Transnasional) RM 11.10 tp 13 thn kemudian masa aku naik 29 Jan 2011 tambangnya sudah menjadi RM 22.20 huhhhh semuanya naik....hujan je yg turun !

Sgt teruja ko, naek bas... maklumlah... jarang sgt naik bas ekpress ni...Kirenya smpai Kuala tu memang sdg2 elok laa kerana meeting alumni tu sblh ptg. Sahabat aku 'Z' yg dah sedia menunggu aku d stesen bas membawa aku ke rmh sorang lg kwn aku 'oren' yg akan turut serta....

Spt org mengantuk dsorongkan bantal, udah ler prot tengah lapar..dijamu pulak dengan lauk2 kg yg sgt simple dan pastinya sodap..apa lagi...mcm org kelaparan laa... so kekenyangan la mkn drmh oren.. Bila udah kenyang tu...maka bermula la perjalanan ke skolah....

Smpai ke pintu pagar skolah (rasa gumbira teramat sgt) maklumlah ia telah ditinggalkan selama 13 thn, terlalu byk kenangan pahit+manis yg aku tinggalkan disini... memang tidak akan dpt dtempat lain...
Aku bukan nyer beriya sgt2 nk masuk meeting alumni ni, aku lebih berminat nk me'round kwsn skolah, asrama dan skitarnya....bila mesyuarat berlabuh tirai, majlis tertinggi alumni pun dah ada wakilnya...apa lagi aku dan yg lain2 meround2 kwsn skolah spt niat awal kami tadi...

Terlalu byk perubahan, tapi ada juga yg tidak berubah... bila yg tidak berubah tu, pastinya nostalgia mengimbau kenangan zaman itu, maklumlah.... aku dulu masa skolah sangat lah terkenal..bkn terkenal dengan kebijaksanaan aku....tapi sbb lain (paham2 sndiri sudah). Apa2 pun aku sgt berpuas hati, sgt teruja dgn apa yg berlaku...aku nk kongsikan pictha2 aku sepanjang berada di skolahku... =)

No comments:

Post a Comment