28 January 2012

Selamat Pengantin Baru Lutfi & Nana

Miinggu lepas...21st January 2012 selesai kenduri lagi sorang sepupuku Lutfi bersama pasangannya Nana.. Anyway Congratulation for both Of Them...semoga kekal sampai mati.... 

Act majlis pernikahan mereka ni da berlansung bulan Disember hari tu tapi aku x igtlah date nya...sbb aku x pergi majlis nikah/persandingan dorang nun jauh di Tanah Merah, Kelantan...cuma yang pergi hari tu sure la Mak Teh/Pakteh bersama anak2 menantunya beserta beberapa family sblh kedah...family blah kL yang pergi cuma Maklong ngan Makngah...xpe la... tu yg kenduri sambut menantu kat kedah pakat pi ramai2.....

Ahhaaaaa...nak djadikan cerita, masing2 travel masing2 laa utk ke Kedah.....My Family amek keputusan travel sblah pagi Hari JUmaat (Act abah nk gerak petang lpas Hakim hbis skolah, tapi dek kerana aku punya instinct mengatakan kalo travel petang sure jem) so abah ni mendgr la cakap aku...So bertolak memulakan perjalanan jam 9.00 pagi dan perjalananan ambil masa selama 6 jam.....tanpa jem... Bila dengar2 cerita family yang lain (sbb dorang bertolak sblh petang dengan malam) hiway Utara Selatan jem gilerss...ada yang amek masa smpai 9-10 jam nak sampai ke Jitra Kedah...nasib korang laa... tapi nasib aku la teruk kena bekerja keras menyiapkan persiapan kenduri apa yang patut sbb korang3 sampai lambat....tapi kredit jugak pada yang sampai sehari lebih awal (khamis) sbb tanpa mereka, sure smpai ke pagi la membuat kerja..... 

Apa-apa pun.. really enjoy dhari kenduri walaupun letih tapi bila dah ramai2 tu xde la rasa sangat...lain2 agenda semasa kt Kedah xde la apa sangat...maklum laa, mana lagi nk tuju lepas tu kalo bukan Pdg Besar dgn Pekan Rabu... tapi kali ni Padang Besar aku x g sbb rasanya xde apa nak dcarikan....(kalo aku g la...sure aku membeli bagai.... baik jangan pergi) hahahahha...Pekan Rabu je yang aku pergi sbb mengenangkan ada kiriman2 dari kenkwn opih..kuturutkan jua laa....

Selesai sume2 balik semula ke KL hari Isnin 23hb sbb mengenangkan kalo balik 24hb takot jem la lagik... Alhamdullilah perjalanann dpermudahkan dengan selamat....

Ada Banner u ! hikhikhik
Ha......ni la dia kerja mereka,
pengantin x sanding lagi dorang2 ni dah berposing dulu... hihih


Ni la pengantin nye...pewwiiittttt :P

Kazen2 ku yang gilers..
(tp yg dpn sekali tu mak pengantin tau) x giler mcm kitaorg

Suit2 jerk mereka..

Here aku share ngan korang gambar2 kenduri hari tu...daaaa


24 January 2012

Memilih Hidup SINGLE ? ? Oooowwwhhh TIDAKKKKK ! ! ! !


Sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single. Artikel kali ini kami akan menyatakan mengenai kelebihan sekiranya anda single dan Ia terpulang pada diri anda untuk memilih antara salah satu yang dirasakan sesuai. Antara kelebihan utama sekiranya anda single adalah..

Kewangan
Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.

Kawan 
Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.

Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu 
Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.

Tidak banyak masalah 
Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.

Kurang tanggungjawab 
Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.



btw....sampai bila pulak kan nk hidup single ni....haisshhhhh...jenuh kalo gini....sememangnya setiap manusia yang diciptakan itu berpasang-pasangan jadi untuk aku mungkin jodohnya belom sampai.....Insyallah :)

12 January 2012

Kau Pergi Juaa....

Salam.....

Kau pergi juaaa...
setiap pertemuan pasti ada perpisahan...
dah memang lumrah hidup kan...nak tak nak kenalah kita harunginya....tapi pe de kisah...teknologi dhujung jari...apa pun boleh....
Baru-baru ini beberapa orang kenkwn opis telah bertukar berpindah bersara... tukar angin dorang ni...cuma aku je tak tergerak dari nk tukar hangin...tp sapa tau kan ! sikit masa lagi...mungkin takdir juga menentukan..(nk kemana ntah...hihihihi)..Insyallah...

Apa2 pun GoOOood Luck untuk mereka2 ini...harap lebih sukses dtempat baru bersama environment baru...and Happy Birthday juga to our Toh' Puan...moga sihat2 selalu..


See ya :)

05 January 2012

Selamat Datang 2012



Selamat Datang 2012...

Ini bermakna.....Tahun 2012 ini umur aku akan menjejak 13 tahun (OOoo..baru naik skolah menengah).. muda la lagi.. apa de kesah...kan3...(tapi hati yang kecil ini siapa yang tahu).... Tapi kan..biasa laa.. tahun baru mesti dengan azam baru.... Kire azam aku tahun ini adalah untuk melengkapkan azam tahun lepas yg mana tak lengkap yang mana ada yg lopong-lopong tu... ingat senang nk lengkapkan azam tu... asyik nak azam baru, azam lama yang tak capai 'goals' tu mcm mana pulak... haisshhh...

Tapi ada 1 azam aku yg dah pernah aku buat, tapi aku lupakan...hampir setahun jugak... agak terleka seketika nampaknya, x sedo diri....hikhikhik.....

'Saya dah gemukkkkkan semula diri saya' arrhhhhhhhhh agak stress sbb badan ni mudah naik semula berat nya kalo x monitor... setahun...hampir 8kg naik.....uwaaaaaaaa.. mcm ne aku nih... yer laa.. mmg bukan senang nk turunkan berat.. kalo dulu aku kena amek masa hampir 2 tahun nk turunkan berat badan maka 2012..aku kena buat balik semula... Padan muka aku, patut aku kena control...ni tidak..aku buat leka...than now......rhasekan laa... aku kena start semula jadual makan aku, dan monitor apa yg aku makan....alahai.... i need my personel nutritionist again...

Just want to share my pic b4 i loose my weight... aku memang tak boleh nk sekurus-kurus ala-ala model la sbb dah memang frame aku besar, dah kuturunan keluarga 'besar-besar'... gile ko nk kuruskan frame badan... mmg x boleh punyaaaa.....cuma yg aku boleh kurangkan berat badan aje laa...


- Ini lah aku yang dahulu sampai sehingga tahun 2010-
pernah mencapai berat badan sehingga 117kg

- selepas berjaya turunkan berat badan sehingga 72kg-

- yang ni pulak gambar aku sekarang sehingga Disember 2011-
(tengok tang pipi pun dah tahu aku kembali gemOOok)....

Tapi.......yang aku BENGANG (sbb aku dapat tahu dari seseorang) bila ada 'ORANG' suruh aku kurus lagi baru org tu NAK KAT AKU....Heeiiiii....ada ke patut, x boleh nk terima pasangan seadanya.......org gitu x payah ada dalam hidup aku pun xpe laa... macam la ko tu kurus dan bagus tersangat2kan...piiiraaahhh.... 

TObat la aku x moh jadi mcm dahulu lagik...kuatkan semangat aku Ya Allah untuk menempuhi semua ini.

Kepada kawan2 aku, teruskan menyokong aku yer, jangan mempengaruhi aku yer...


Julai to Disember 2011

HHOooooolahhh...

Dah x sempat menyempat nk update blog ni...kire lump-sum aje lah yer...
Januari 2012 kite mulakan dengan cerita baru...

1. Ogos ......... Sepanjang xde kereta, terpaksa lah menggunakan Savvy yang diambil di kampung, sangat berjasa ohkey !

Umat Islam mula berpuasa...aku pun seronok berpuasa ni....tapi yang ++ seronok bila tahun ni dapat berbusiness kuih2 raya & kek... sangat seronok tapi sangat penat...tapi sangat masyukk... heheheheh.

2. September ......aku mengenali seseorang dengan lebih rapattttt & rapattt.....hihiii

3. Oktober ...... Tempoh bercinta memang la sangat manes... tapi....

4. November ** hujung bulan .......jodoh x de kot... putus aje laa  senang... uwaaaaaa...life must goes on 

5. Disember........ Aku dapat kereta baru.....hihihi (WWC TripleFourSeven)

16 December 2011

aku eXciden - Part 2..

Cerita pasal Insurance ni....hurrmm...kalo korang nk tahu, insurance ni memang menyakitkan hati, kalau la aku xde kawan yang tahu selok belok pasal insurance claim ni sure aku buta2 di klentoOOng...

cerita nya gini..
SUM insured untuk kereta aku...33K...tapi 1st offer letter dari Insurance untuk claim tersebut hanya menawarkan 29K shj...Kalau la kan aku x tahu, memang aku buta2 je dapat 29k tu padahal aku layak untuk mendapat 33K tu... Kawan aku nyer husbnd yg tolong...dia suh aku buat surat suruh revised balik offer dari bank tu...sepatutnya insurance boleh bayar aku ikut market price kereta tu..that time rhrgenya dalam 32-34K.... Kata kawan aku tu, biar kita mintak tinggi sket kurang2 dia boleh bagi ikut SUM Insured tu.....

Yang aku SANGAT TIDAK paham...apakah motif insurance aku tu cuma menawarkan dgn harga 29K tu... Padahal dia boleh offer terus 33K tu...memang sangat 'naya' pada org yang x tahu tu.. ALhamdullilah... & terima kasih lah pada kwn aku nyer husbnd tu...atas bantuan dan maklumatnya...aku dapat claim semua insurance aku tu....Tapi lepas tolak hutang piutang kereta MYvi WQS5224 tu...tinggal la baki RM 3_ _ _.79 (jadilah nak cover downpyment kereta baru)....alhamdullilah nasib ada dari xde...



TAPI ni baru episod claim Insurance aku..belum lagi episod nak claim insurance bas pulak......tapi yang ni aku x boleh nk story lagi sbb tuntuan tu aku belum buat sbb dokumen+prosedur tu sangat banyak yang diperlukan....

AKu eXciden...........

Si Myvi Merah WQS 5224... kini tinggal dalam lipatan kenangan.... aku rela, aku pasrah dengan dugaan yang berlaku.... Masih bersyukur sbb tiada nyawa yang melayang akibat kemalangan itu..

Alkisahnya...16 Julai 2011 (Jumaat @ 6.30 pagi) otw nk g kerja, depan skolah rendah aku.... SKKG (sometimes their called Skolah Kanak-kanak gile) hahahahah.... aku telah dilanggar oleh sebuah bas (Metro Bas)...Insiden tu berlaku mmg la SALAH bas itu...ada ke patut katanya aku ni berhenti mengejut dengan tiba2..Tolong sikit yer, wahai en.pemandu bas.... ngko yg laju mcm ke hape ko yg x alert dengan keadaan jalan raya ketika itu...

Pagi tu kebetulan hujan, jalan sure licin, depan aku mmg dah ada kemalangan jadi aku ni telah memperlahankan kenderaan dan keadaan dihadapan kereta aku mmg selamat....aku tidak pun melanggar sesapa....elok aku nk mulakan semula perjalanan....tiba2 aku dilanGGARrrrrrrrrrrrrr... Masa tu, kebetulan berdua dengan mak, hanya kalimah Allah dibibir, sbb harap2 tiada siapa yang akan cedera teruk atau sebaliknya...

Kalau dilihatkan pada keadaan kereta, kalau la aku ada penumpang dibelakang masa tu...Masyallah...tak tahu nk ckap mcm mana keadaannya...kereta aku (blkg) memang teruk gile... memang luluh jantung bila melihat keadaan kereta itu...sedih yang teramat...sangat tragis...Kereta ditarik ke balai trafik Ampang, nasib la Abah ada...than ada pulak kawan2 beliau disitu segala urusan dipermudahkan....

Dah la xde kereta, 2 minggu sblm puasa....pinjam la kereta iku saudaraku...Nasib la acik sangat baik, sebak pun ada bila acik kata, xpe la guna la dulu x payah bayar pun xpe...acik ikhlas tolong anak sedara acik..Uuwwaaa....i sedih u... dah 2 minggu pakai, terpaksa la pulang balik pd tuan nya...terpaksa la pulang seperti yang telah dijanjikan....(sbnarnya acik boleh kasik pinjam lagi, tp x sedap la pulak)... The End..aku balik kg...balik Perak...pinjam la kereta Savvy kt kg...

Kisah Myvi tak habes bergitu aje....mcm2 pulak halnya pasal nk claim2 insurance ni...itu boleh ini x boleh mcm kena tipu pun ada bila ckp pasal insurance ni...yang bengkel tetap nk cari untung, yang insurance pulak x nak rugi...aku ni as a pengguna yg tersepit...tup2 myvi tu diishtihar TOTAL LOST.. ramai yang terkejut bila insurance ishtihar gitu..aduhaiiiii... Macam2 la dari perkara2 yang aku tidak ketahui pasal insurance ni aku dah ketahui..

Tapi nasib masih menyebelahi aku.....To be continue...ahaksss...